Negara-negara Ninja Besar Senarai_negara_ninja_(Naruto)

Negara Air

Fail:Land of Water.JPGNegara Air

Negara Air (水の国,, Mizu no Kuni) merupakan sebuah negara yang cenderung kepada elemen berasaskan air (Gaya Lepas Sifat Air). Ia terbentuk daripada banyak kepulauan yang terdapat di sekitarnya, dengan setiap satu daripada pulau-pulau tersebut memiliki tradisi yang unik. Cuaca di negara ini selalu berada dalam keadaan yang dingin, diselubungi oleh kabus dan bertasik. Di sesetengah tempat, seperti mana tempat Haku membesar, ia merupakan sebuah tempat yang agak sejuk di mana salji boleh dilihat menutupi permukaan tanahnya. Hanya sedikit maklumat yang diketahui tentang tempat tersebut memandangkan ianya terpinggir daripada anasir politik. Maklumat mengenainya memang sukar didapati dan ini mudah difahami memandangkan tempat tersebut merupakan sebuah pulau dalam Negara Air yang berjauhan dengan empat negara besar yang lain.

"Kirin Nectar" (麒麟蜜,, Kirin Mitsu) merupakan satu daerah atau kawasan khas yang terdapat di Negara Air [1].

Kirigakure

Rencana utama: Kirigakure

Kirigakure (霧隠れの里,, Kirigakure no sato), dikenali dengan nama singkatan Kiri, sebuah perkampungan ninja yang terletak di dalam Negara Air. Ia juga tempat di mana Tujuh Pemedang Kabus dibentuk. Kakashi Hatake dan Orochimaru pernah menyatakan bahawa Kiri memiliki kuasa ketenteraan yang sangat kuat dan kejam serta tidak mudah ditundukkan.



Negara Api

Fail:Land of Fire.JPGNegara Api

Negara Api (火の国,, Hi no Kuni) merupakan salah satu negara terbesar dan terkuat, juga merupakan tempat kediaman kepada watak utama dalam siri Naruto. Ketua kepada pentadbiran negara ini dikenali sebagai Daimyo. Negara Api merupakan negara pertama yang memperkenalkan perkampungan ninja, Konohagakure yang kemudiannya menjadi contoh dan ikutan negara-negara yang lain. Negara Api merupakan sebuah negara yang cenderung kepada elemen berasaskan api (Gaya Lepas Sifat Api). Ini dapat digambarkan dengan suasana persekitaran negara tersebut yang sentiasa dalam keadaan cerah dan bersuhu hawa panas. Walaupun Negara Api bukanlah negara terbesar, namun ia memiliki perkampungan ninja terbesar.

Negara Api telah terlibat dalam peperangan dengan Negara Guruh, Negara Tanah dan Negara Angin. Dalam beberapa tahun berikutnya (suasana aman), Negara Api berjaya memulihkan keadaan negara mereka dan membiasakan diri dengan suasana yang penuh aman. Negara-negara lain (negara-negara yang sedang berusaha meningkat kuasa ketenteraan mereka) melihat keadaan ini sebagai suatu "kelemahan" dan menyumbang kepada faktor pencerobohan oleh Otogakure dan Sunagakure.

Pada sempadan di antara Negara Api dan Negara Bunyi, terdapatnya satu kawasan yang dipanggil Lembah Penamat, satu kawasan yang dibentuk selepas Konohagakure diasaskan oleh Hokage dan Madara Uchiha.

Konohagakure

Rencana utama: Konohagakure

Konohagakure (木ノ葉隠れの里,, Konohagakure no Sato) atau boleh juga dikenali sebagai "Kampung Daun" atau Konoha secara ringkasnya, merupakan salah sebuah perkampungan ninja terbesar yang dipimpin oleh Kage yang bergelar Hokage.Terdapat sebuah Monumen Hokage, monumen yang dibina khas untuk Hokage yang terletak bahagian utara Konoha. Monumen tersebut merupakan ukiran muka-muka Hokage (terdahulu hinggalah terkini) yang dipahat pada sebuah bongkah gunung. Kampung ini terletak di dalam Negara Api. Walaupun Konoha, seperti mana negara yang ia duduki, telah mengecapai keamanan sejak enam belas tahun yang lalu dan penduduknya telah membiasakan diri dengan suasana yang aman itu. Bagaimana pun, Konoha masih lagi diiktiraf sebagai antara kampung ninja yang hebat dalam sejarah, di samping memiliki kekuatan kuasa ketenteraan dan pengaruh yang besar.



Negara Angin

Sunagakure, Negara Angin

Negara Angin (風の国,, Kaze no Kuni) merupakan sebuah lagi negara yang diberikan fokus dalam siri Naruto. Ia terletak di kedudukan barat daya dari Negara Api, manakala ia turut bersempadan dengan Negara Sungai dan Negara Hujan. Negara tersebut merangkumi kawasan yang luas, tetapi kawasan tersebut kebanyakannya dilitupi oleh gurun pasir. Oleh kerana kurangnya hujan yang turun di sepanjang tahun, penduduk di negara ini tinggal di kampung yang dibina dengan bergantung kepada oasis yang wujud. Walaupun negara ini mempunyai persekitaran yang agak ekstrem oleh kerana cuacanya, namun ia masih memiliki populasi yang besar. Negara Angin memiliki persefahaman yang abik dengan Negara Api dan sering berlakunya pertukaran di antara kedua-dua negara tersebut.

"Dumpling Pasir" (砂団子,, Suna Dango) merupakan satu kawasan khas dalam Negara Angin. Ciri-ciri unik yang dimiliki oleh kawasan tersebut adalah penghasilan produk tepung soya yang dihasilkan menyerupai pasir dan rasanya juga enak [2].

Sunagakure

Rencana utama: Sunagakure

Sunagakure (砂隠れの里,, Sunagakure no Sato) merupakan perkampungan ninja yang terdapat di Negara Angin. Sebagai salah sebuah kampung ninja terbesar, ia turut dipimpin oleh seorang Kage yang digelar Kazekage, di mana buat masa ini ianya adalah Gaara. Ninja-ninja daripada kampung ini dilihat memiliki kemahiran yang berasaskan kepada Gaya Lepas Sifat Angin dan Teknik Boneka.



Negara Guruh

Fail:Clouds and Lightning Valley.jpgLembah Awan & Guruh

Negara Guruh (雷の国,, Kaminari no Kuni) merupakan sebuah negara yang hanya membuat sedikit kemunculan setekat ini dalam siri Naruto. Ia terletak di bahagian Timur Laut Negara Api dan dianggap sebagai salah sebuah daripada lima buah negara besar. Di tengah-tengah kawasan negara tersebut merupakan persekitaran bergunung-ganang yang selalu mengalami ribut petir; ini dikatakan memberikan gambaran mengenai nama negara tersebut. Dari kawasan pergunungan tersebut, banyak aliran sungai yang menghala ke laut wujud, menghasilkan satu bentuk persisiran pantai yang mempunyai pemandangan laut yang cantik. Terdapat banyak lokasi kawasan mata air panas di negara ini.

Kumogakure

Rencana utama: Kumogakure

Kumogakure (雲隠れの里,, Kumogakure no Sato) atau nama lainnya adalah Kampung Awan merupakan sebuah perkampungan ninja di dalam Negara Guruh. Sebagai salah sebuah daripada lima Kampung Ninja Terbesar, Kumogakure dipimpin oleh seorang Kage yang digelar Raikage. Kebanyakkan ninja di negara ini dilihat memiliki kemahiran dalam jutsu yang berasaskan elemen daripada kilat (Gaya Lepas Sifat Kilat). Sesetengah daripada penduduknya juga dilihat menggunakan pedang berunsurkan pedang Jepun (katana) sebagai senjata kebiasaan berbanding pengunaan kunai oleh ninja-ninja di kawasan lain. Ini sekaligus memperlihatkan kemahiran penggunaan pedang pada peringkat yang lebih tinggi oleh ninja-ninja daripada Kumogakure. Kampung Awan terletak di atas kawasan pergunungan yang tinggi dan kelihatan terlindung oleh awan-awan.

Lembah Awan dan Guruh

Lembah Awan dan Guruh (雲雷峡,, Unraikyō) merupakan sebuah lembah yang letak di antara kebanyakan gunung-ganang yang terdapat di Negara Guruh. Ia merupakan sebuah kawasan lembah yang diselubungi oleh awan atau kabus. Di sekitar lembah ini, terdapatnya sebuah gua yang digunakan oleh Killer Bee (selaku jinchūriki kepada "Hachibi" melakukan latihan.

Kawasan lembah tersebut telah terjejas dengan teruk apabila Killer Bee melancarkan Bebola Chakura Berkepadatan Tinggi dalam bentuk lengkap Hachibi apabila bertarung dengan Pasukan Taka.



Negara Tanah

Negara Tanah (土の国,, Tsuchi no Kuni) merupakan sebuah negara yang setakat ini hanya mendapat sedikit pendedahan dalam siri Naruto. Ia terletak di bahagian Barat Laut Negara Api. Negara tersebut boleh digambarkan dengan kawasan berbatuan yang luas. Sempadan negara tersebut dikelilingi oleh kawasan pergunungan yang menghalang sebarang perhubungan dengan negara-negara di sekelilingnya. Fenomena semulajadi yang terkenal ini dinamakan Gan'u (岩雨,, Hujan Batu).

Kuih Beras Tanah (岩餅,, Iwa Mochi) merupakan sejenis hasil makanan tempatan yang terkenal di Negara Tanah. Permukaan makanan tersebut yang rangup dikatakan sukar untuk ditolak [3].

Iwagakure

Rencana utama: Iwagakure

Iwagakure (岩隠れの里,, Iwagakure no Sato) atau nama lainnya adalah "Kampung Batu" merupakan sebuah perkampungan ninja yang terdapat di dalam Negara Tanah. Sebagai sebuah perkampungan terbesar, ia dipimpin oleh seorang Kage yang digelar sebagai Tsuchikage. Simbol kampung ini terdiri daripada dua ketul batu, di mana terdapat sebiji batu bersaiz kecil di hadapan sebiji batu bersaiz besar. Kebanyakkan ninja di kampung ini dilihat memiliki kemahiran menggunakan teknik berasaskan elemen tanah (Gaya Lepas Sifat Tanah).